Thursday, August 30, 2012

Mungkin ( Mungkin Yang Terakhir )

Bulan yang penuh dugaan, ujian. Perit, pedih, sakit, sedih semua bercampur jadi satu. Apa lagi yang nak datang lepas ni, aku pun tak tahu.

Orang lain seronok beraya, jalan sini sana. Aku ; sebaliknya. Meratap hampir setiap hari.

Lepas satu persatu aku hadap, makin berat yang datang. Selesai satu datang lagi dua. Kalau berterusan macam ni baik aku tak payah selesaikan masalah yang datang.

Biarkan. Biar bertimbun-timbun. Puas hati !

Apa yang aku rancang nampaknya dah semakin kabur. Ya lah, aku sekadar mampu merancang. Aku sedar aku hanya insan yang tak ada apa-apa. Kerdil. Dan mungkin disebabkan tu, semuanya serba tak menjadi.

Tapi tak kan lah satu pun tak sukses?

Stress macam nak gila. Sumpah tertekan.

Mengeluh panjang.

Aku kira satu persatu, dari orang yang aku harapkan tinggalkan aku sampai lah ke lutut aku yang cedera sampai berjalan kena guna bantuan tongkat. Nak kena mengadap fisio pulak lepas ni. Semuanya aku kena hadap sendiri.

Kempunan mee kari agaknya. Biarlah, bukan rezeki aku agaknya.

Haish!

Kadang-kadang terdetik jugak perasaan kecewa dengan hidup aku sendiri. Tak ada yang menarik, tak ada kemajuan. Apa yang aku harapkan jarang sekali aku dapat. Mungkin sebab tu mudah untuk orang buang aku. Perasaan kecewa makin menebal. Dah sampai paras hidung, sikit lagi nak lemas.

Lemas dengan perasaan kecewa.

Mungkin aku tak boleh mengharapkan yang indah-indah untuk diri aku sedangkan aku ni tak sebagus mana pun. Tak boleh nak menetapkan semuanya mengikut kemahuan aku.

Tak boleh.

Semuanya ada aturan sendiri. Ada cara sendiri.

Dan mungkin aku pun dah penat menulis. Penat dengan diri sendiri. Atau aku rasa perkataan "KECEWA" tu lebih tepat untuk menggambarkan keadaan aku sekarang. Penat untuk hidup.

Selepas semua yang berlaku, mungkin aku patut berhenti menulis. Bila sampai masa, blog ni pun aku tutup. Boleh jadi ni kali yang terakhir aku meluah perasaan kat sini. Aku kata mungkin.

Mungkin!

Kalau aku rasa aku patut kembali mengadap blog ni, adalah entry baru. Kalau tak ada, tak adalah.

Mohon maaf banyak-banyak kalau aku ada buat salah. Segala ketelanjuran kata-kata, terkasar perbuatan atau apa-apa saja yang tak kena kat hati yang membaca blog aku ni. Tu pun kalau ada la yang sudi baca.

Ada rezeki aku kembali. InsyaAllah. Kalau tidak, blog ni pun patut dilupuskan. Cukup cerita aku sampai sini barangkali.

Salam.

-----------------------------

- Mungkin Yang Terakhir -

Satu cerita
Demi satu cerita
Suka dan gembira
Sedih dan sengsara
Telah aku rasa

Ada rasa yang masih tersimpan
Ada sayang yang masih aku angan
Sedang takdir dan kemahuan
Tidak sekali sehaluan
Semuanya berantakan

Biarlah aku simpan sendiri
Segala yang bakal aku hadapi
Aku mulakan langkah kaki
Setelah dibuang berulang kali
Ceritaku mungkin tamat di sini.


" Biarkan segalanya terhenti. Waktu yang berputar mahu pun nadiku sendiri. Aku tidak mahu lalui apa-apa lagi. Ya aku lemah. Kerana itu aku rebah. Tiada istilah bangkit lagi. "

Jumaat
31.8.2012
4.55 am
Penang

Sunday, August 12, 2012

Ramadhan ( Lebaran Yang Suram)

Alhamdulillah, syukur aku masih merasai indahnya Ramadhan. Dan dalam sedar dan tidak, kita sudah di penghujung bulan yang penuh rahmat.

Terlalu hampir ke penghujungnya.

Seronok pun ya, sedih pun ya. Apa tidak nya, boleh cuti lama ; beraya sakan, jumpa mereka yang aku sayang, aku kasih, yang aku cinta.

Ya, mereka dan "Dia" yang tercinta. Itu yang utama.

Yang sedih nya bila terpaksa melepaskan Ramadhan berlalu dengan seribu kenangan, dan mungkin aku tak akan bertemu Ramadhan yang akan datang. Siapa tahu?

Ditambah lagi raya yang bakal tiba diraikan tanpa "Dia". Itu antara yang paling menyedihkan. Aku dah terfikirkan perkara ni berbulan-bulan dulu. Memikirkan macam mana untuk hadapi hari yang aku harapkan boleh diraikan dengan "Dia".

Sedih lebih berkuasa, gembira hilang entah ke mana. Hilang bersama angin, bersama "Dia".

Dulu aku pernah merasa pedih nya menyambut lebaran tanpa mak aku yang pergi menyahut seruan Ilahi. Dan sekarang seolah - olah aku merasakan perasaan itu sekali lagi.

Terpaksa aku hadapi. Rela atau tidak aku mesti lalui. Aku tunduk.

Akur dalam tak rela.

Aku yakin "Dia" juga merasakan yang sama. Atau mungkin lebih dari apa yang aku rasa.

Kadang - kadang fikiran aku melayang. Angan kan keindahan kalau aku menyambut lebaran dengan "Dia" dalam satu ikatan perkahwinan. Indah ! Pasti meriah persiapan kalau ada "Dia". Dan kami lalui setiap hari dengan senyuman, bahagia !.

Bukan sekadar di hari raya, bahkan setiap hari aku lalui dengan bahagia. Ah, indah nya !

Aku tersenyum sendiri. Tersenyum dengan bayangan yang aku cipta sendiri.

Angan, semuanya indah. Itu saja yang aku mampu buat untuk rasa bahagia, walaupun sekejap.

Sekarang korang boleh rasa kenapa aku kata sedih lebih dari gembira kan? Aku harap kawan - kawan aku dan semua yang aku kenal tak rasa apa yang aku rasa.

Sumpah pedih !.


------------------------------------


- Lebaran Yang Suram -

Lebaran kali ini
Hanya ditemani sunyi
Indahnya hilang
Diterbang angin malam
Riangnya pudar
Ditelan masa yang berputar

Dugaan yang terhampar
Buat aku terlantar
Aku bagai mati
Tiada rasa lagi
Yang ada hanya sedih;sepi
Paling setia menemani

Aku memohon untuk sekali ini
Berikan peluang kepada kami
Untuk mengecap indah dunia
Nikmati setiap helah nafas
Hari - hari bahagia
Lebaran bersamanya,

Setiap hari dengannya.


* P/s : Selamat hari raya Sayang. Maafkan segala salahku, Halalkan segalanya untukku. Semoga kita bisa merasa indahnya hidup bersama. Mungkin bukan sekarang, tapi aku yakin waktu itu akan datang. Harapanku tak pernah lekang.

Tuesday, July 17, 2012

Sakit ( Jagakan Dia Untukku )

Hari ni genap 5 hari aku tak boleh tidur malam. Tak tahu apa puncanya, sebabnya. Memang sesak kalau berterusan macam ni.

Dan malam ni, dada aku terasa sakit semula. Untuk waktu sekarang mungkin tak seteruk sebelum ni tapi aku rasa ia semakin menyengat.

Aku harap semuanya ok.

Tinggal berapa hari lagi nak puasa dan pastinya aku tak nak berpuasa dalam hospital.

Tak nak ! Aku nak puasa dengan dia !

Entah lah. Mungkin terlalu banyak memikir. Banyak perkara yang belum selesai, belum tercapai. Dan banyak juga perkara yang meresahkan.

Buntu. Sangat membingungkan. Hmm.

Setiap kali aku tarik nafas aku rasa seperti dada aku dihimpit.

Sempit. Sesak.

Sampai nak menaip ni pun ambil masa. Berulangkali berhenti.

Sesekali air mata aku bergenang. Mungkin menahan sakit. Mungkin menahan sedih. Aku pun tak tahu.

Depan kawan-kawan yang lain aku boleh berpura-pura macam tak ada apa-apa. Boleh bergelak ketawa, bergurau senda.

Tapi yang tahu, yang menanggung ; aku.

Seksanya macam ni. Kalau hidup berterusan macam ni aku rasa aku lebih rela ditarik nyawa lebih awal.

Setidak-tidaknya nanti aku tak menyusahkan orang lain. Tak ada yang bimbang. Tak ada yang kena menahan mata menjaga aku.

Dan yang paling penting tak ada hati yang sakit disebabkan aku.

Kalau lah ditakdirkan ini ramadhan terakhir aku, aku harap ia akan jadi ramadhan yang paling indah sepanjang hayat aku.

Aku cuma mampu berdoa. Merintih. Dan memohon maaf.

------------------------------
- Jagakan Dia Untukku. -

Aku mengira waktu
Detik demi detik yang berlalu
Mengulang-tayang kenangan
Menyulam ribuan impian
Menggunung harapan

Aku meratap sayu
Dalam gerimis hujan bertalu
Tiap kasih yang aku semai
Tiap cinta yang tak tergapai
Impi bina mahligai

Masih banyak yang tertinggal
Banyak yang belum selesai
Kasih yang tak sampai
Rindu yang terabai

Aku tunduk menyepi
Mengenang semua yang terjadi
Memohon maaf pada semua
Pada yang mencinta
Dan dia yang aku cinta.

Aku mohon pada yang Satu
Jagalah dia setiap waktu
Kiranya telah tiba masa
Kiranya aku telah tiada
Saat aku terlebih dulu pejam mata.

" Maafkan aku, doakan aku. Mungkin masa masih panjang. Mungkin juga hampir tiba. Maafkan aku. Doakan aku wahai sayang. Mungkin kita akan bersatu. Mungkin aku akan pergi dulu. Maafkan aku. "


Rabu
18.7.2012
5.38am
Penang

Wednesday, July 4, 2012

Untuk Kamu.

Dengan nama-Mu yang Maha Pengasih - Lagi Maha Penyayang.

Aku bermohon kepadamu ya ALLAH,

Persembuhkanlah segala sakit peritnya,
Kau ubatilah segala derita yang dihadapinya,
Tenangkanlah hatinya,
Jauhkan dia dari segala musibah dan bala-bencana,
Perlapangkan pintu rezekinya,
Berikanlah dia nikmat dunia dan akhirat,
Jadikanlah dia insan yang disayangi dan disenangi semua.

Aku merayu dan merintih pada-Mu,

Lindungilah dia,
Dan kuatkan dirinya menempuhi semua dugaan-Mu ya ALLAH.

Sesungguhnya kau yang Maha Agung - Lagi Maha Besar, pencipta sekalian alam.


P/s : Semoga cepat sembuh sayang. Be strong ! :'(

Wednesday, June 20, 2012

Perutusan

Perutusan bersarung putih
Menjemputku ke majlis menyatu kasih
Aku terima walau sedih berbuku
Pasrah walau hatiku pedih dan pilu

Dengan jemari kemas bergenggaman
Tiada seulas kata kedengaran
Hanya mata saling bertentangan
Cecair jernih mula bergenangan

Rasa yang tak terlihat
Hanya rasa hati yang disiat
Dengan rasa sayu aku melihat
Kau dia diijabkabul dan selamat

Hampir setahun telah berlalu
Kemas perutusan tersimpan kaku
Tersisip di balik susunan buku
Tak dibuka terbiar di situ.

Tuesday, June 5, 2012

Semua Hak "DIA".

Ada masa bila aku sendiri, macam-macam dalam otak. Macam nak 'overload' dah.

Fikir pasal dugaan, pasal nikmat. Semua yang aku dah lalui.

Memang banyak yang perit. Banyak yang sakit. Tapi sepanjang umur aku ni, tak terkira nikmat yang aku terima.

Dari mula dilahirkan sebagai Islam, sempurna tubuh badan, tiap titisan air yang aku minum sampai lah ke oksigen yang aku sedut sekarang.

Allahuakbar !

Kalau nak difikirkan pasal dugaan, mmg banyak tapi tak setanding banyak nya dengan nikmat yang aku dapat.

Rezeki yang melimpah ruah, tak pernah putus cuma tak nampak dengan mata kasar. Nikmat yang tak terkira dengan jari jemari mahu pun angka-angka yang ada.

Syukur Alhamdulillah.

Aku cuba untuk menerima sesuatu dugaan dengan hati yang terbuka.

Sebab kebelakangan ni macam-macam yang datang dan hampir kesemuanya menyakitkan.

Perit !

Tak apalah, rezeki Allah nak bagi kita tak tau bila, Allah nak ambik balik pun kita tak tau bila. Semua DIA punya.

Redha la.

Mungkin DIA nak aku lebih kerap merintih, merayu dan meminta dengan DIA. Almaklumlah, aku ni cepat lupa, leka.

Aku cuba memperbaiki diri.

Setidak-tidaknya nanti aku mampu menjadi imam kepada isteri dan zuriatku. Saudara-maraku. Mendidik mereka untuk jadi lebih baik dari aku. Sebaik mungkin.

InsyaAllah.

P/s : "Doakan sesama kita, saling mengingati sesama manusia. Cuba bahagiakan semua yang ada walau sekadar melempar secebis senyuman. InsyaAllah, bahagia itu juga akan jadi milik kita. Lebih dari yang kita bayangkan. Tak mampu dibayangkan."

Sunday, May 27, 2012

Seminggu Yang Pantas. (Derita)

Sampai jugak ke Penang setelah seminggu bercuti. Alhamdulillah.

Appointment dengan doktor la, itu ini. Yang paling penting appointment dengan "DIA". Berat sungguh nak melangkah pulang, tapi apakan daya. Periuk nasi nak kena jaga juga.

Untuk kali akhir aku dan "DIA" bertemu. Mungkin untuk seketika, dan mungkin juga untuk selamanya.

Dan untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku, terasa seminggu berlalu dengan pantas. Sangat pantas! Singkat sangat rasanya.

Tak puas ! Kalau boleh aku nak hentikan jam tu dari berputar. Tak sanggup nak hadapi hari terakhir ni.

Berat. Tak terucap sakitnya, seksa. Semua cukup lengkap.

Pakej.

Dalam perjalanan tadi otak aku melayang, mengenangkan semua yang pernah aku lalui. Tergambar macam tayangan visual.

Dari awal cerita sampai ke detik akhir. Satu persatu terbayang. Sempurna.

Terasa indah hidup aku ni. Terisi, dan semua yang aku tak pernah aku rasa, dah aku rasa.

Air mata aku mula bergenang.

Sambil sesekali aku mencium sisa-sisa haruman DKNY yang "DIA" tinggalkan dekat jam tangan aku, terasa seolah-olah "DIA" ada dekat. Hampir sangat !

Makin banyak kenangan datang bergolek-golek. Tak pernah lupa, dan tak akan pernah luput dari ingatan.

Air mata yang lama bergenang, berderai akhirnya.

--------------------------------

~ Derita ~

Derita yang menerobos
Menerjah setiap satu sendi
Melemahkan setiap inci hidupku

Derita yang menjelma
Menghalang setiap satu rongga
Menyesakkan setiap hela nafasku

Bagai terpaku dan terkaku
Semuanya hilang satu persatu
Derita memamah kita penuh nafsu

Derita ini kah yang harusku tempuh
Untuk mengecap sekelumit bahagia
Bebas dari air mata?

Atau

Nyawa menjadi galang gantinya?


" Ada duka yang tersirat, ada luka yang tak terlihat. Hanya aku dan dia yang tahu. Aku pasti, satu hari nanti dia kembali ! InsyaAllah. "



Isnin
28.5.2012
8.33 a.m
Penang.