Monday, January 30, 2012

Aku Pasti Pulang.

Jangan menangis sayang
Pemergianku sementara
Untuk mereka
Untuk selesa

Kesat air matamu sayang
Aku janji akan pulang
Untuk kamu
Untuk kita

Relakan segalanya
Bila tiba masa
Kita akan bersua.

Wednesday, January 18, 2012

Dugaan Dan Nikmat.

Titisnya lebat
Setiap hari berganti
Lumpuh niat
Patah semangat
Jiwa tenat
Nafas tersekat.

Memang begini

Dugaan merapat
Sebelum nikmat.

Monday, January 16, 2012

Berangkat.

Malam yang penuh kejutan. Kejutan yang menyakitkan.

Ada rasa yang bagai dipaku
Tepat di jantungku
Pedih atau mungkin lebih dari itu
Pilu lebih mengatasi rindu

Setidaknya aku pernah mencuba
Liku-liku itu aku yang duga
Belum sampai di hujungnya
Aku bukan lagi mahunya

Mungkin ada kata tidak wajar
Terpacul dari emosi yang beraja
Maaf tidak mengganti sesal
Pergilah jauh dari sisi asal

Aku kemas apa yang ada
Di satu sudut tanpa nama
Biar ia terus di situ
Aku berlalu seperti mahu mu.


Mungkin hati dah bulat. Mungkin harus cepat berangkat.

Saturday, January 7, 2012

Untuk Kita.

Lama tak mengadap blog. Mungkin ada yang lebih penting dari ini. Tapi hari ni terdetik nak menaip.

Tadi aku tengok kawan aku mengeluh...

"Dunia ni kejam!" / "Dunia ni tak adil".

Hmm. Pening.

Bagi aku dunia tak pernah kejam. Adil atau tidak bukan kita yang menilai. Dah cukup cantik percaturan yang ALLAH S.W.T susun.

Siang dan malam berganti. Panas pasti bersilih hujan. Hidup akhirnya mati.

Nah! Tak cukup adil lagi? Tak cukup baik lagi?

Memang ayat-ayat aku ni "cliche". Sama macam orang lain cakap. Tapi aku pentingkan pengisiannya.

Bukan sekerap mana diucapkan orang lain.

Dan sepanjang perjalanan hidup kita diberikan peluang untuk membuat pilihan. Pilihan yang menentukan arah tuju kita.

Baik atau sebaliknya. Kalau salah memilih jangan salahkan takdir. Masing-masing punya akal.

Otak bukan sekadar hiasan.

Tak cukup bagus lagi? Rasa seolah-olah dunia ni memang kejam? Fikir sendiri.

Dan yang aku paling yakin, pasti ada keindahan selepas semua dugaan yang disediakan.

Indah yang berkekalan.

Yang penting doa dan kesabaran. Masih belum terlewat untuk aku. Untuk semua. Untuk kita.

So, Fikirlah sebaik-baiknya sebelum berkata. Sebelum buat sesuatu. Sebelum menyesal.

Sama-sama kita muhasabah diri. Chalo beteh!


P/s: Harapnya "DIA" kuat untuk tempuh semua dugaan ni.