Semakin kerap pulak menulis sekarang. Laju je jari ni nak menaip. Tulis apa yang terdetik kat hati. Yang terlintas kat akal.
Taip, taip, taip. haish
Sebab apa agaknya jadi macam ni?. Sebab tak ada teman berbual agaknya. So menaiplah jalan terakhir. Bercakap dengan diri sendiri secara tak langsung. Boleh jadi terapi jugak ni barangkali. Siapa tahu?
Atau mungkin menaip dekat blog ni paling sesuai. Jadi medium pengantara. Meluah perasaan pada yang tertentu. Pada yang menunggu. Atau pada siapa-siapa lagi yang aku tak tahu.
Aku cakap mungkin.
Kebelakangan ni aku asyik bercakap pasal hidup. Hidup aku yang pasang surut. Ada yang positif dan tak mustahil ada yang negatif. Macam-macam yang bermain dalam kepala ni.
Ligat berputaran dalam otak aku yang separa dangkal ni. Menguji kesabaran dan ketabahan hati aku. Tabah ke?
Tapi semuanya tetap sama. Tak ada yang pudar. Tak ada yang hambar. Sama!
DIA dan "dia" faham apa yang sama. Hanya DIA dan "dia" yang faham apa yang aku rasa. Apa yang aku lalui. Sebab mereka yang selalu ada saat susah dan senang aku. Syukur.
Tak lupa jugak teman-teman yang setia menjadi pendengar cerita sedih dan gembira aku. Syukur lagi.
Selit sikit pasal "dia".
Sumpah beruntung ada "dia". Pelengkap hidup aku. Sangat lengkap. Sempurna. Pendorong semangat aku. Dan sangat bertambah sempurna bila aku mengabdikan diri pada DIA yang MAHA KUASA. Terasa aku ada semuanya. Walaupun tak ada apa-apa.
Haish...
Entah lah. Malam ni merepek je lah. Aku rasa nak menulis. Aku tulis. Bagi lapang sikit dada aku yang setiap hari padat dek tekanan. Tekanan yang tak pernah bosan jadi peneman aku.
Setia sungguh tekanan nih!
Tak kisah lah apa pun. Hidup tetap diteruskan. Doa semoga dipermudahkan semua urusan dan semoga tercapai semua impian. Mudah-mudahan.
--------------------------
-Yang Setia-
Ramai yang datang
Dan perlahan-lahan hilang
Ambil dan buang
Buka dan pasang
Bagai boneka pincang
Dibadai ombak lalu hilang
Tapi ada yang setia
Memberi dan menerima
Mendengar dan bercerita
Membantu merawat duka
Bagai bidadari syurga
Mengabdikan indah cintanya.
Itulah Dia.
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Panas Hujan Panas Hujan.
Panas terik macam ni cukup menduga. Sangat panas!
Tapi kalau hujan? Tetap juga ada yang mengeluh. Panas pun mengeluh hujan pun mengeluh! Membebel marahkan cuaca.
Lupa agaknya siapa yang aturkan semuanya. Maka samalah seperti marah pada yang mencipta-nya.
Dosa kering. Dalam sedar dan tidak.
Aku cuba bersabar dan bersabar. Apa lagi boleh aku buat? Panggil pawang hujan?
HAHA!
Muhasabah diri. Syukur atas nikmat yang ALLAH S.W.T bagi. Mungkin ada yang memerlukan terik matahari untuk meneruskan kehidupan. Mencari sesuap nasi. Mungkin kalau hujan mereka tak mampu untuk berkerja. Bagi makan anak bini apatah untuk alas perut sendiri.
Aku termenung. Fikirkan apa yang kadang-kadang aku lupa untuk fikir. Leka untuk menyedari akan kebergantungan manusia terhadap cuaca dan alam sekitar. Mungkin sebab hujan atau panas tak menganggu periuk nasi aku. Aku jadi lupa.
Kalau aku tak ambil kira pasal orang lain maka tergolong lah aku dalam golongan manusia yang "pentingkan diri sendiri". Aku tak nak.
Sedikit demi sedikit aku sedar yang kita tak boleh nak mengharapkan semuanya berlaku mengikut kemahuan peribadi.
Haish!
Bukan kita yang pegang "remote control" nya. Sedar siapa kita.
Hmmm....
Aku lemparkan pandangan aku jauh-jauh. Mengagumi kebesaran-Nya. Mengakui kekerdilan aku. Hamba-Nya.
Laju tangan aku capai buku Mastika yang baru aku beli semalam. Boleh lah aku membaca sambil bersandar dengan hati yang agak tenang setelah membahaskan kecelaruan dalam diri sendiri.
"Panas tu sementara. Hujan pun sementara. Sama macam dugaan dalam hidup kita. Cliche tapi bermakna." Aku menyedapkan hati selepas muhasabah diri.
Senyum. Ok nak sambung baca Mastika. See ya!
----------------------------------------
Syukuri Nikmat-Nya.
Kita ratapi mendung senja
Tatkala pekat semakin menggila
Dan bila terbit sang suria
Kita mengeluh menganggu lena
Semuanya serba tidak kena
Bila tidak bersyukur dengan nikmat-Nya
Hati jadi lesu memamah bicara
Kata-kata terpacul semuanya berbisa
Bersabar dan bersyukurlah
Semuanya ujian dari Yang Esa
Kita hanyalah seorang hamba
Tetaplah sekadar hamba.
P/s : Senyum, bersyukur dan bersabarlah. :)

Sunday, February 26, 2012
Rindu.
Bila malam macam ni aku mula tak tentu arah. Itu tak kena, ini tak kena. Penangan rindu agaknya.
Rindu pada keluarga, pada "dia", pada kawan-kawan yang entah ke mana hilangnya. Rindu pada yang merindui aku.
Sumpah rindu!
Adat lah bila berjauhan. Mustahil tak terdetik perasaan tu kat hati. Tak dapat nak dinafikan. Makin lama makin kuat. Makin berat.
Memang unik perasaan yang ALLAH S.W.T ciptakan. Tak diundang tetap datang. Dia jentik sikit hati ni dengan perasaan rindu mungkin supaya aku sedar siapa yang aku perlu. Mungkin juga untuk sedarkan aku siapa yang memerlukan aku.
Terbukti kekuasaan dari setiap ciptaan-Nya walau hanya sekadar "sekecil-kecil perasaan".
Kadang-kadang terasa indah, kadang-kadang terseksa. Indah tapi terseksa disebakan rindu. Hehe!
Tak semestinya kena bercinta je baru rasa perasaan macam ni. Skop nya sangat luas.
Aku rasa lah.
Tapi aku bersyukur dianugerahkan dengan perasaan yang macam ni. Alhamdulillah. Rasa yang aku ni normal. Sama macam orang lain.
Biar pun kadang-kadang seksa tapi aku cuba positif. Motivasi diri sendiri. Berdoa supaya aku mampu kawal hati ni. Supaya tak huru-hara.
Biar pun rindu tak terkata.
Tak apa lah. Ada rezeki nanti aku pulang. Jumpa dengan mereka yang aku rindu. Sekejap pun tak apa lah. Janji boleh "reduce" rindu ni. Hehe.
Sekian dari yang merindu. Haha!
---------------------------------
-Rindu-
"Bilang malam
Cepat lah siang
Rindu pada mentari
Rindu kekasih hati
Rindu untuk dirindui
Bilang siang
Cepat lah malam
Rindu pada purnama
Rindu akan pencipta-Nya
Rindu dibuai mimpi bersama
Hakikatnya mereka berpasangan
Siang dan malam berpautan
Tak akan mungkin dipisahkan
Sempurna sifat ciptaan."

Saturday, February 25, 2012
Cerita Lewat Malam.
Adoi, adoi!
Datang balik penyakit tak boleh tidur ni. Yang lain dah berdengkur, aku? - mengadap monitor yang bisu. Tulis, tulis dan tulis. Dengan harapan cepat mata ni layu.
Sesak kalau berterusan macam ni. Semuanya jadi tunggang-langgang. Hidup kat Malaysia tapi guna waktu Amerika.
Haish. Geleng kepala sambil mengeluh.
Dulu aku rasa hidup ni penuh dengan tekanan. Masalah sini sana. Tapi sekarang lebih dari tu. Lebih berat dari dulu. Cuma kedatangannya dan penerimaan aku tak sama macam dulu.
Lebih matang dari dulu, mungkin?. Agaknya lah. Hehe.
Kalau dulu aku lebih suka protes dan menyalahkan ketentuan. Sekarang tak lagi. Aku yakin ada sebab sesuatu percaturan-Nya. Tapi kadang-kadang terbabas jugak. Fikir yang bukan-bukan.
Biasalah. Manusia kan?.
Yang paling jelas hati aku cepat tersentuh. Kalau dulu keras macam batu, sekarang macam tisu. Terpaksa mengaku. Dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besarnya.
Dari sensitif jadi over-sensitif.
Mungkin lepas aku kenal Dia dan "dia". Hidup semula semua deria rasa aku ni. Syukur.
Cuma aku harap aku kuat untuk teruskan kehidupan. Kuat melawan dugaan. Kuat untuk mencapai apa yang aku hajatkan. Hidup dengan "dia" yang dah tunjuk kan aku jalan. Jalan yang lebih baik dari sebelum ni. Rasa macam disuluh dengan 'spotlight' bila dengan "dia".
Cerah dunia. Terang mata. Terang hati. Auch! Terlebih sudah.
Syukurlah. Dalam banyak kesusahan yang datang ada juga yang indah. Cantiknya plot yang ALLAH S.W.T susun. Tak semuanya derita.
Aku akui. Akur sendiri.
Harapnya mudahlah jalan aku lepas ni. Boleh tersenyum bila diduga. Dapat apa yang aku cita. Insya-Allah. Aminnn~
Ok, hujan dah turun. Lebat. Memang sesuai sangat untuk beradu. Mata pun dah kuyu. Muhasabah diri dulu pastu.....zzzzz. Salam.

Hidup
Hidup yang tak pernah aman
Tak henti dugaan
Satu persatu berterusan
Menguji kekuatan;ketabahan
Aku cuba untuk bertahan
Yakin sengsara tidak berkekalan
Sekadar menuntut pengorbanan
Masa berlalu terasa perlahan
Semoga diteguhkan pendirian
Kental menongkah haluan
Rentap semua alasan
Demi sebuah kebahagiaan.
Semoga dipermudahkan segala percaturan.
P/s: "Sayang, lupuskan segala duka. Hamparkan di lembah terasing dari dunia. Aku yakin akan ada bahagia. Untuk aku, untuk kita. Insya-Allah!"

Friday, February 24, 2012
Sujud.
Malam yang sunyi
Masih ada yang menyanyi
Lagu rindu Ilahi
Lagu cinta abadi
Aku amati aku sertai
Dan masih jelas didengari
Ada sedu esak tangis
Mungkin rindu yang mendalam
Mungkin menyesali dosa silam
Saat masih di dalam kelam
Dan malam ini
Aku hamparkan segalanya
Sujudku di sejadah usang
Dengan air mata berlinang
Banyak yang aku kenang
Mungkinkah ini peluang akhirku ?
Untuk sujud kepada-Nya
Masihkah ada esok untukku ?
Memohon ampun khilaf lalu
Hanya Dia yang tahu.
Masih ada yang menyanyi
Lagu rindu Ilahi
Lagu cinta abadi
Aku amati aku sertai
Dan masih jelas didengari
Ada sedu esak tangis
Mungkin rindu yang mendalam
Mungkin menyesali dosa silam
Saat masih di dalam kelam
Dan malam ini
Aku hamparkan segalanya
Sujudku di sejadah usang
Dengan air mata berlinang
Banyak yang aku kenang
Mungkinkah ini peluang akhirku ?
Untuk sujud kepada-Nya
Masihkah ada esok untukku ?
Memohon ampun khilaf lalu
Hanya Dia yang tahu.
Tuesday, February 21, 2012
Aku Masih Di Situ.
Saat kau berlalu
Aku masih di situ
Memanggil namamu
Saat kau dengan yang lain
Aku masih di situ
Menahan rasa cemburu
Saat kau terlena
Aku masih di situ
Menjagamu ketika beradu
Saat kau celik mata
Aku masih di situ
Mengelus lembut rambutmu
Saat kau dilukai
Aku masih di situ
Merawat lukamu
Dan ternyata
Walau aku telah mati
Aku tetap di situ
Kerana cintaku sentiasa di situ.
Kau pun tahu.
Aku masih di situ
Memanggil namamu
Saat kau dengan yang lain
Aku masih di situ
Menahan rasa cemburu
Saat kau terlena
Aku masih di situ
Menjagamu ketika beradu
Saat kau celik mata
Aku masih di situ
Mengelus lembut rambutmu
Saat kau dilukai
Aku masih di situ
Merawat lukamu
Dan ternyata
Walau aku telah mati
Aku tetap di situ
Kerana cintaku sentiasa di situ.
Kau pun tahu.
Saturday, February 18, 2012
Aku Tunggu Esok Pagi.
Monolog. Monolog. Monolog.
Apa lagi yang aku boleh buat? Selain berdoa, bercakap dengan diri sendirilah. Luahkan apa yang aku rasa. Lagi-lagi dalam keadaan yang serba tak kena sekarang ni.
Tak tahu lah apa nak jadi.
Ketentuan takdir yang bergelut dengan kemahuan diri sendiri. Nah, sakitlah jawabnya. Hampir semuanya berlaku tak mengikut perancangan. Hati tetaplah meruntun.
Sedih. Sangat sedih.
Baring dengan tangan di dahi. Fikir-fikir semula. Cuba untuk susun semua yang dah ternyata bersepah. Tak terurus. Tapi gagal jugak!
Baring sambil mulut terkumat-kamit. Bercakap dengan diri sendiri. Tak apalah. Biar aku dengar suara aku sendiri. Suara yang tak didengari. Suara yang orang lain tak peduli. Suara yang orang tak nak dengar pun.
Aku pasrah.
Semoga semuanya akan jadi baik. Apa pun yang terjadi aku cuba untuk redha walau pun berat. Berat yang tak tertanggung. Masa akan mengubati segalanya.
Aku yakin!
Sambil berdoa, air mata aku bergenang. Moga-moga ALLAH makbulkan doa aku. Sambung monolog.
"Embun yang kian kering
Kabus yang kian hilang
Seri pagi semakin pudar
Aku cuba yakinkan diri
Ianya cuma hari ini
Aku tunggu esok pagi."

Tuesday, February 14, 2012
Bukan Sekadar Mimpi.
Di antara lahirku
Dan matiku
Aku harap sekali
Dia dan aku bersatu
Biar seminit
Di hujung nyawaku
Bukan sekadar singgah
Mimpi ketika beradu
Doaku mulus
Tak pernah berhenti
Sayangku tulus
Tak mungkin mati
Tetaplah cintaku
Hingga akhirnya begitu
Biar jasad dan roh
Tidak lagi bersatu.
Aminn~
Dan matiku
Aku harap sekali
Dia dan aku bersatu
Biar seminit
Di hujung nyawaku
Bukan sekadar singgah
Mimpi ketika beradu
Doaku mulus
Tak pernah berhenti
Sayangku tulus
Tak mungkin mati
Tetaplah cintaku
Hingga akhirnya begitu
Biar jasad dan roh
Tidak lagi bersatu.
Aminn~
Friday, February 10, 2012
Kita Nanti.
Kata yang tak terkotakan
Memesong arah
Mengulang janji
Kita saksi
Sampai masa berhenti
Hilang di mata
Hilang di hati
Kita nanti.
Memesong arah
Mengulang janji
Kita saksi
Sampai masa berhenti
Hilang di mata
Hilang di hati
Kita nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)