Sunday, May 27, 2012

Seminggu Yang Pantas. (Derita)

Sampai jugak ke Penang setelah seminggu bercuti. Alhamdulillah.

Appointment dengan doktor la, itu ini. Yang paling penting appointment dengan "DIA". Berat sungguh nak melangkah pulang, tapi apakan daya. Periuk nasi nak kena jaga juga.

Untuk kali akhir aku dan "DIA" bertemu. Mungkin untuk seketika, dan mungkin juga untuk selamanya.

Dan untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku, terasa seminggu berlalu dengan pantas. Sangat pantas! Singkat sangat rasanya.

Tak puas ! Kalau boleh aku nak hentikan jam tu dari berputar. Tak sanggup nak hadapi hari terakhir ni.

Berat. Tak terucap sakitnya, seksa. Semua cukup lengkap.

Pakej.

Dalam perjalanan tadi otak aku melayang, mengenangkan semua yang pernah aku lalui. Tergambar macam tayangan visual.

Dari awal cerita sampai ke detik akhir. Satu persatu terbayang. Sempurna.

Terasa indah hidup aku ni. Terisi, dan semua yang aku tak pernah aku rasa, dah aku rasa.

Air mata aku mula bergenang.

Sambil sesekali aku mencium sisa-sisa haruman DKNY yang "DIA" tinggalkan dekat jam tangan aku, terasa seolah-olah "DIA" ada dekat. Hampir sangat !

Makin banyak kenangan datang bergolek-golek. Tak pernah lupa, dan tak akan pernah luput dari ingatan.

Air mata yang lama bergenang, berderai akhirnya.

--------------------------------

~ Derita ~

Derita yang menerobos
Menerjah setiap satu sendi
Melemahkan setiap inci hidupku

Derita yang menjelma
Menghalang setiap satu rongga
Menyesakkan setiap hela nafasku

Bagai terpaku dan terkaku
Semuanya hilang satu persatu
Derita memamah kita penuh nafsu

Derita ini kah yang harusku tempuh
Untuk mengecap sekelumit bahagia
Bebas dari air mata?

Atau

Nyawa menjadi galang gantinya?


" Ada duka yang tersirat, ada luka yang tak terlihat. Hanya aku dan dia yang tahu. Aku pasti, satu hari nanti dia kembali ! InsyaAllah. "



Isnin
28.5.2012
8.33 a.m
Penang.

Thursday, May 10, 2012

Serba Tak Kena. (Temani Aku)

Lama tak bukak blog. Kalau pc ni dah sampai berhabuk pun. Sibuk dengan hal lain. Hal dunia semata-mata.

Erghh.

Termenung sekejap. Mengimbau peristiwa yang berlaku kebelakangan ni. Macam-macam yang berlaku.

Satu persatu dari yang sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besarnya.

Dari yang biasa sampai yang tak pernah terjangka dek pemikiran waras aku ni.

Lain macam !

Memang tak mampu nak menjangka sesuatu di luar jangkaan. Susah. Terpulang sama ada nak berhati-hati atau tunggu dan redah saja apa yang datang.

Tapi dalam sesetengah hal aku sendiri keliru. Terpaku antara dua pilihan yang aku ada.

Tak tahu nak buat apa. Buntu !

Semuanya ada risiko. Sanggup dengan tidak, bergantung.

Ini baru dalam skop kehidupan aku sendiri. Belum lagi memikirkan hal-hal lain.

Mengeluh panjang. Lebih panjang dari biasa.

Entah lah. Nampak semuanya semakin kucar-kacir. Melemahkan semangat aku. Dan semua yang berlaku buat aku berfikir. Jauuuh.

Sekadar berfikir tanpa sebarang kata putus.

Aku tak mampu untuk buat sebarang konklusi sebab semuanya berkemungkinan. Berserah.

Yang paling utama bagi aku, mengekalkan apa yang aku ada. Tak sanggup kehilangan walau satu apa pun terutamanya "Dia".

Tapi aku tak tahu sama ada aku mampu atau tidak.

Sekadar mampu memohon bantuan dari-Nya. Semoga dipermudahkan urusan.

------------------------

~Temani Aku~

Kadang dalam jaga
Kita buta
Laluan yang tersedia
Kita lupa
Lantas mengumpan diri
Terjerat sendiri

Bukakan mataku sayang
Biar jelas memandang
Keperluan atau kemahuan
Mampu aku tentukan
Jangan lepaskan tangan
Aku perlu berpautan

Jiwa bagai lumpuh
Putus harapan
Temani aku di sini
Merangkai ungkapan
Jangan pergi jauh
Aku bimbang kesunyian.

"Masalah umpama kepompong yang membaluti dan kita umpama beluncas yang membilang hari. Keluarlah dari kepompong untuk jadi rama-rama yang berseri. Bebas di bumi.".

Khamis
10.5.2012
4.05pm
Penang.