Manusia oh manusia. Mana ada yang sempurna. Baik dari zahir, perbuatan mahu pun pertuturan.
Yang paling nyata, kesempurnaan dalam membuat keputusan dan tindakan.
Selalu salah!
Acap kali kita melakukan kesalahan. Selagi masih bernyawa, selagi tu lah potensi untuk melakukan kesilapan tu ada.
Tapi dari kesilapan dan kesalahan tu la kita belajar untuk melakukan perkara yang betul. Kalau tak buat salah mana tahu yang mana betul nya.
Yang penting meminta maaf dan memaafkan.
Aku rasa lah.
Begitu jugak aku. Manusia biasa. Bukan malaikat. Memang tak akan terhindar dari melakukan kesalahan.
Dan wajiblah setiap kesalahan tu ada hukuman nya tersendiri. Hukuman supaya kita tak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.
Hukuman dari Yang Maha Berkuasa tu dah tentu lah. Tapi hukuman dari sesama manusia tetap ada.
Untuk kesalahan aku kali ni, aku dihukum sebegini. Redha je la.
Aku sekadar mampu meminta maaf.
"Sudah lah Nasir! . Cukup lah menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain."
Aku bermonolog.
Tak sanggup dah aku nak buat benda yang sama berulang kali. Lebih-lebih lagi dekat orang yang aku sayang.
Demi mengelak dari terus buat kesalahan, mungkin ada baik aku beralih angin. Ke tempat yang lebih jauh. Tak ada yang kenal. Buat hal sendiri. Tak ada yang boleh hubungi.
Sampai aku mati.
Hati separuh nekad.
Tak pernah berniat meninggalkan, cuma ternyata aku dah tak diperlukan. Salah atau betul "Dia" dan DIA yang lebih tahu.
Dan aku pun tak pasti sama ada keputusan aku ni betul atau tidak. - Betul ke salah?
Tunggu je jawapan dari "Dia". Tawakal.
-------------------------------
- Hukuman -
Saat malam semakin kelam
Aku berdiam di jerambah
Memutar khayalan dan kenangan
Mengimbau senyum dan tangisan
Berpeluk tubuh kedinginan
Mencongak catur kehidupan
Penuh liku dan derita
Belum saat bertemu bahagia
Sabar dan terus bersabar
Memberi ruang seperti mahunya
Kalau masih aku diperlukan
Kekal lah aku bertautan
Nanti dan terus menanti
Hukuman dari kesalahan sendiri
Jika tidak lagi jadi keinginan
Aku pasti hilang dari pandangan.
-3:05 a.m-
Sunday, March 25, 2012
Tuesday, March 20, 2012
Harga Untuk Segalanya. (Saling Ada)
Jam dah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Mata masih tak boleh lelap. Bagus !!
Rindu agaknya. Risau pun ada bila memikirkan kesihatan "Dia". Dan mungkin sebab memikirkan keadaan sekarang. Penuh dugaan.
Ujian.
Termenung memikirkan pasal dugaan.
Lain jalan lain dugaan. Tak akan ada sesiapa yang akan dan pernah terlepas walau sekali. Aku yakin tu. Kita yang pilih jalan macam ni maka terimalah dugaan yang begini.
Kalau kita pilih jalan yang satu lagi dugaannya mungkin berlainan. Tapi tetap akan ada : dugaan.
Semuanya ada "harga" yang perlu "dibayar".
Dan dengan umur yang makin menginjak ni aku terasa dugaan semakin besar. Semakin banyak!
Tak pernah berhenti atau berkurang.
Kadang-kadang penat jugak kalau terbeban dengan masalah yang bertimpa-timpa. Tapi demi sesuatu kita kena harungi jugak kan? Kalau tak berkorban masakan mampu dapat apa yang kita hajatkan.
Cuma sesekali aku mengeluh. Mengharapkan ada satu masa aku mampu bernafas lega.
Lapang!
Tak mengapalah. Ujian dari-Nya untuk hamba-Nya. Bersebab dan tentu ada balasannya. Cuma cara penerimaan kita mungkin berbeza.
Redha, doa dan tawakal.
Mungkin jugak sebagai satu sebab untuk mendekatkan diri kita dengan-Nya. Kita yang dah jauh tersimpang dari jalan-Nya.
Aku harap "Dia" kuat dan mampu bersabar. Dugaan hidup memang macam ni. Sentiasa ada. Tak pernah lekang walau sesaat. Semuanya dah tersedia.
Nak tak nak, sanggup atau tidak harus terima. Wajib terima!
Selagi aku bernafas selagi itu aku akan terus menyokong dan memberi semangat kepada "Dia". Sentiasa ada untuk "Dia" selagi "Dia" masih memerlukan aku.
Dan mungkin juga pada mereka yang kesempitan. Itu saja yang mampu aku janjikan! InsyaAllah!
#berkongsi kekuatan untuk jadi lebih kuat ! untuk "Dia" ! Untuk kita !
--------------------------------
- Saling Ada-
Aku selalu ada
Mendorong semangatmu
Walau hanya senyuman
Saat hati mula rawan
Aku selalu ada
Memimpin jalanmu
Walau dengan doa
Saat kau terdera
Aku sentiasa ada
Mendakapmu dari jatuh
Walau sekadar ucapan
Saat kita berjauhan
Dan ingatlah kataku
Aku sentiasa ada untukmu
Dan aku juga tahu
Kau pasti ada untukku.
Kita saling ada, Saling perlu.
! ♥ !

Wednesday, March 14, 2012
Hari Lahir Yang Suram.
Hari lahir yang suram.
Tanpa orang yang aku sayang.
Dengan dugaan yang datang bergolek-golek menguji aku.
Tapi aku tetap bersyukur diberikan peluang untuk hidup selama 24 tahun ni.
Mengenang pengorbanan arwah mak yang melahirkan dan membesarkan aku. Sedih sebab tak sempat balas jasanya.
Aku rindu emak. Aku rindu Dia. Aku rindu saat manis bersama mereka.
Hari lahir yang suram berteman air mata. T___T

Tuesday, March 13, 2012
Nota Kecil Untuk Mu.
Selamat berkonvo untukmu. Semoga selamat semuanya. Aku iringi doa dari kejauhan. Tahniah !
Semua yang kita lalui akan tetap tersimpan dalam lipatan kenangan dan dikenang setiap hari.
Yang terindah ~ sepanjang hayat.
Semoga pengorbanan yang kita lakukan akan mendapat balasan seperti yang kita impikan.
Dan semoga kita bertemu lagi. InsyaAllah.
#Maafkan aku kerana tidak dapat hadir.

Di Akhir Waktu.
Petang yang diiringi hujan. Agak lebat. Sejuk tapi cukup nyaman. Apa lagi kalau dikenangkan kenangan dalam hujan dulu. Indah. Sangat indah !
Aku sekadar tersandar. Memikirkan apa yang bakal berlaku. Hilang nyaman yang aku rasa tadi. Sedih mengatasi semuanya.
Mampukah aku menghadapi dugaan yang akan datang sendiri ? Hidup dengan kenangan. Kadang manis, kadang menyeksakan.
Mengeluh panjang.
Hati sangat rapuh saat ni. Hidup jadi tak tentu arah. Dugaan datang satu persatu mencabar kekuatan aku yang semakin hilang.
Mungkin ni balasan atas setiap perbuatan aku. Tapi hati berat nak terima kenyataan. Tak boleh nak redha. Lemahnya iman aku.
Tak sepatutnya aku heret orang yang aku sayang untuk terus menambah dosa yang dah tak terkira. Aku lepaskan. Tapi dengan hati yang aku sendiri tak pasti.
Ikhlas atau tidak ?
Tak mengapalah. Siapa aku untuk melawan takdir ALLAH s.w.t ? Percaturan-Nya sudah cukup cantik. Aku sekadar boleh mengakui tapi sukar untuk terima keadaan.
Aku pandang ke luar. Termenung.
Hujan masih menitis. Laju. Selaju air mataku.
---------------------------------
-Terbanglah Merpatiku-
Terbanglah wahai merpati
Lebarkan sayapmu
Terbanglah mencari redha ilahi
Lebarkan keimananmu
Maafkan segala khilafku
Aku cuma menyulam cinta
Simpan erat kenangan itu
Tetap mekar di ranting usia
Aku masih di dahan ini
Di pohon yang kian mati
Meratap derita memakan diri
Sampai bila aku tak pasti.
Aku tetap menanti.
Maaf.

Monday, March 12, 2012
Tak Terkata.
Ujian demi ujian. Pedih memang pedih. Tak terkata.
Lemah longlai rasanya. Tak pulak aku sangka boleh jadi macam ni walaupun kemungkinan tu ada. Tapi....
Entah lah. Tak tertanggung rasanya.
Selama ni aku sentiasa positif. Ada matlamat, ada benda yang aku kejar. Tapi hari ni ada sesuatu yang buat aku tergamam.
Sesak dada. Sesak kepala. Bengkak mata.
Tak mampu nak ulas panjang-panjang. Cuma mampu berdoa dan berharap masih ada harapan untuk aku. Aku anggap apa yang berlaku ni semua dugaan.
Dugaan sebelum aku rasa bahagianya.
Cuba untuk positif.
Doakan aku wahai sahabat. Doakan semuanya selamat.
-------------------------
-Kelabu-
Longlai layu lesu
Semua rasa bagai memaku
Luntur nikmat dunia
Hancur segala bahagia
Tapi aku masih di sini
Mengharapkan dan menanti
Agar ada peluang untukku
Mencorak duniaku yang kelabu.
Permudahkan aku Ya-ALLAH. :'(

Thursday, March 8, 2012
Segalanya. ( Nyawaku )
Lama tak update blog. Haiyo~ (Ini adalah pembuka kata semata-mata)
Lantaran jadual kerja yang sangat padat menekan. Aku yang tertekan. Biasalah. Adat hidup seorang orang bawahan.
Senyum je lah.
Tapi apa boleh buat ?. Punca rezeki aku, periuk nasi aku. Buatlah sehabis baik. Jalankan tanggung jawab setelus mungkin. Supaya jadi darah daging aku dalam keadaan yang berkat. Ikhlas.
Cuma kadang-kadang aku terfikir jugak. Sampai bila aku nak macam ni ?. Nak jugak merasa hidup senang, maksud aku stabil.
Mampu buat apa yang aku nak buat. Tak ada batasan!.
Tapi perlahan-lahan resah tu hilang bila "DIA" bagi semangat kat aku, bantuan yang tak ternilai. Walau sekadar ucapan. Dan usahanya mencarikan kerja yang lain untuk aku cukup buat aku terharu. Terharu bercampur bangga. Ada yang sanggup bersusah payah demi aku.
Terlalu banyak pengorbanannya kalau nak dikenang. Aku tersenyum sendiri bila teringat.
Syukur kepada yang Maha Pencipta.
Indahnya ciptaan-Mu dan anugerah yang kau berikan ya ALLAH.
Walau pun dalam keadaan yang begini aku masih bersyukur atas nikmat yang aku dakap sekarang. Setidak-tidaknya aku tahu ada yang setia dan sanggup bersusah payah untuk aku. Buat apa saja yang termampu.
Yang sayang aku!
Aku mohon anugerah ni kekal selama-lamanya. Tak hilang walau sedetik. Aku hanya mampu berdoa. Usaha.
Sekarang ni bersabar je lah. Ada rezeki nanti dapatlah peluang yang lebih baik. Aku cuma nak perbaiki keadaan aku, ekonomi aku. Tak dipandang hina.
Orang tak mengata.
Semoga aku dapat apa yang aku mahu hasil dari kesabaran aku ni. Yang paling utama aku dapat "dia" untuk jadi suri hidup aku nanti. Aminn.
Tidur dulu.
----------------------------------------------
-Nyawaku-
Berbisiklah sang malam
Mengusik bintang di langit
Mengulit indah sekalian alam
Merenung kabus yang berbalam
Berbisiklah sang manusia
Mengusik rasa di hati
Mengulit indah kenangan bersama
Menyata rindu pada yang tercinta
Mungkin berat terbeban
Jika simpan tak terluahkan
Lantas bibir melaungkan
Tentang perasaan yang tertahan
Aku tak perlu intan berlian!
Mahu pun mahkota kemahsyuran!
Cuma dia yang aku mahu
Kerana dia nyawaku.
#DIA bagai oksigen bagiku. Nyawaku!

Monday, March 5, 2012
Maaf.
Saat air matanya bergenang
Dan menitis laju ke pipinya
Tumpah ke bahu
Aku tahu betapa hancur hatinya
Dek hina khilafku
Cuai dalam perilaku
Saat itu juga
Aku bersumpah di dalam hati
Mencuba untuk merawati
Luka di jiwa nya yang murni
Melakar kembali senyuman
Seindah pelangi
Maafkan aku bidadari
Akan aku peluk erat hatimu
Biarlah kali ini
Menjadi yang terakhirnya
Air matamu yang suci
Tumpah ke bumi.
Dan menitis laju ke pipinya
Tumpah ke bahu
Aku tahu betapa hancur hatinya
Dek hina khilafku
Cuai dalam perilaku
Saat itu juga
Aku bersumpah di dalam hati
Mencuba untuk merawati
Luka di jiwa nya yang murni
Melakar kembali senyuman
Seindah pelangi
Maafkan aku bidadari
Akan aku peluk erat hatimu
Biarlah kali ini
Menjadi yang terakhirnya
Air matamu yang suci
Tumpah ke bumi.
Lesu.
Lemah dan tertekan. Kadar kesihatan yang agak terjejas.
Cemburu dan cuba bertahan. Tak mampu berkata-kata. Sekadar tersandar lesu memikirkan.
Kenapa?
Bila aku tahu ada perkara yang aku tak suka berlaku.
Kaku.
Harap ada yang faham. Harap "dia" faham.
Lesu.
P/s: Kuatkan aku Ya ALLAH. Kuatkan aku wahai kamu. :'(
------------------------------
-Lesu-
Diam terkaku
Tersandar lesu
Lemah membatu
Gusar membalutiku
Rindu menghampiriku
Kuatkan aku
Dengan lembut bicara mu
Iringi dengan tulus doa mu
Dalam manis senyuman mu
Hapuskan lesu
Yang menghantuiku
Sungguh aku buntu.

Subscribe to:
Posts (Atom)