Sunday, December 18, 2011

Noktah.

Panji ini aku turunkan
Dengan perlahan-lahan
Dengan hati yang rawan
Di setengah tiang sepuh
Tanda berkabungnya
Sebuah harapan rapuh

Hanya keluhan tanpa nada
Kata tanpa suara
Sekadar memandang lesu
Sunyi dan membisu
Bagaikan lumpuh
Semuanya terkaku

Sambil menyeka air mata
Yang laju berguguran
Aku pandang ke atas
Meratapi pemergian
Cinta yang mati
Tidak lagi berteman.

Thursday, December 15, 2011

Panjinya Berkibaran

Ada yang datang
Mudah berlalu pergi
Ada yang sayang
Akhir meluah benci

Semuanya berkemungkinan
Berubah tanpa persetujuan
Tapi ada satu perasaan
Kekal indah bertahan

Walau tanpa perjanjian
Penuh keikhlasan
Rela tanpa paksaan
Teruslah panjinya berkibaran.

Wednesday, December 14, 2011

Keindahan Sementara?

Keindahan sementara. Pernah rasa?

Aku yakin siapa semua pernah rasa. Tak terlepas walau satu makhluk ALLAH yang berakal di muka bumi ni. Makhluk yang punya perasaan.

Kalau nak diperkatakan tentang indah tu memang tersangat luas skopnya. Terserah pada yang mentafsir. Pada yang pernah melaluinya.

Bagi aku, keindahan itu tetap sesuatu yang indah. Cuma tempohnya, sementara.

Betullah tu. Semua yang berlaku ada sebabnya. Ada hikmahnya. Jadi terpulanglah sama ada mahu terus mengingati akan keindahan tu atau lupakan saja.

Aku pilih untuk simpan dan ingat.

Sebab?

Ianya terlalu indah untuk aku lupakan. Terlalu penting untuk aku abaikan. Walau pun sementara.

Aku akan terus ingat. Itu saja yang mampu aku buat.



P/s: Selamat Pengantin Baru. Semoga Berkekalan. :)

Friday, December 9, 2011

Nina Damia

Lepaskanlah semua
Bila sampai waktunya
Biar bebas berhaluan
Itu pilihannya.

Ada yang harus pergi
Bila sudah masanya
Menyemai janji bersama penciptanya
Tiba ajalnya.

Nina Damia dalam kenangan. (14 Feb 1988-10 Dec 2011)
Al-Fatihah.

Thursday, December 8, 2011

Malas

Minggu yang memenatkan. Penat yang berterusan diselang-seli penyakit yang datang satu persatu.
Juga perasaan yang luruh satu demi satu.

Normal la kan?.

Tapi satu perasaan ni memang tak boleh dibendung. ::BOSAN:: . Lagi-lagi tinggal seorang.
Housemate aku kena tahan kat wad di Perlis. Kalau tak ada jugak kawan nak merambu.

Nampaknya aku kena cari sesuatu yang baru. Baru hilang perasaan tu.

Mungkin.

Harap-harapnya.

Entah la.

Erk..

Hmm..

Sampai nak menaip pun jadi malas. Nak bersosial pun jadi rimas.

Semakin hari semakin kuat perasaan tu.



P/s: cepat molek yak Mamat!

Thursday, December 1, 2011

Muhasabah Diri

Malam yang semakin pekat dan aku seperti biasa, masih berjaga.

Tapi ada baiknya. Banyak yang aku boleh fikirkan saat-saat sunyi macam ni. Tanpa sebarang gangguan.

Angin kuat yang bertiup dari luar melepasi beranda lalu menyerbu masuk ke ruang tamu membawa bersama semua cerita-cerita zaman silam aku.

Zaman yang penuh kejahilan.

Termenung. Merenung setiap kekhilafan yang pernah aku lakukan dan menyesali setiap kalinya.

Hampir setiap malam macam ni lah. Aku ingin menjadi seorang pemikir. Bukan kaki termenung. Tapi?.... Haish.

Geleng kepala. Jawapan dari gerak tubuh aku cukup menggambarkan. Ringkas dan lengkap.

Adakah malam esok, lusa dan malam-malam yang mendatang aku terus macam ni? Harapnya boleh lah aku ubah sedikit demi sedikit kebiasaan aku ni. Sampai aku jadi apa yang aku nak.

Atau setidak-tidak nya lebih baik dari sekarang.

Muhasabah diri sendiri.
Supaya aku mampu menjadi seorang pemikir. Walau hanya untuk diri sendiri.

Err....

Muhasabah diri sendiri lagi.
Supaya aku sentiasa sedar yang aku hanya semata-mata hamba.

Hamba-Nya.



Penat jugak kalau asyik termenung. Erghh~

So?

Rajin pulak aku menaip sekarang. Almaklum lah selalu tinggal seorang. Ligat semula menaip. Cakap apa yang aku tak sempat nak cakap. Cari peluang untuk bercakap.
Bercakap seorang. Monolog.

Dulu, sebelum ni mungkin aku tak punya waktu senggang sebegini. Waktu bersendirian. Waktu untuk diri sendiri maksud aku. Jadi kurang lah peluang untuk menambah ayat-ayat dekat blog ni.
Ayat-ayat yang aku sendiri tulis dan aku sendiri baca. Aku sendiri rasa.

Sendiri
Aku senang berdiri
Jauh dari sesak
Jauh hingar bingit yang memekak
Selesa tenang dan damai
Mungkin kadang sunyi
Tapi sunyi sekadar rasa
Rasa aku yang cipta sendiri
Lebih baik begini
Lebih baik sendiri.

Ada yang bertanya "tak bosan ke asyik dok rumah?".."tak bosan ke sendiri?"
Apa yang aku kisahkan?. Dari dulu pun aku macam ni. Dan bukan aku seorang yang bersendiri.
Ramai lagi. So? Tak hairan lah.

Wednesday, November 30, 2011

Kepercayaan

Kepercayaan ~ Pelbagai cara orang buat semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan-orang lain. Jelasnya bukan mudah.
Banyak yang perlu diharungi dan dilakukan semata-mata mendapatkan kepercayaan.

Bila dah dapat kepercayaan harus la kena pertahankan. Satu lagi tahap yang orang selalu lupa, lalai atau mungkin tak pernah kisah ; Manusia.

Semalam bila ada yang datang mencari aku dengan segala macam agenda (bantuan yang nyatanya) terasa seperti masih diingati;dipercayai.
Aku tersenyum. Ikhlas tapi mungkin terselit sinisnya.

Aku bersyukur masih ada yang berani menaruhkan kepercayaan terhadap aku. Walhal aku ni bukan sesiapa.
Syukur masih ada yang mempercayai aku dan sedar akan aku.

Aku cuba pertahankan kepercayaan yang diberikan. Sebaik-baiknya. InsyaALLAH.

Transformasi Berkala

Semalaman membelek notepad yang dipenuhi tempelan garis-garis ayat yang aku lakar. Lama aku menunggu masa untuk dipamerkan. Beza nya hanyalah gaya penulisan. Tapi bagi aku terlalu besar perbezaan nya.

Aku cuba merubah kebiasaan. Kebiasaan yang lama merantai gaya hidup dan tentu sekali penulisan yang entah apa-apa.

Hari ini aku cuba memberanikan diri. Publish saja apa yang selama ini aku simpan. Mungkin sebelum ni keyakinan diri kurang atau ego yang menghalang. Aku tak pasti.
Tapi tidak mustahil kalau aku cuba berpuisi semula. Itu minat aku.

Mungkin ini langkah pertama aku untuk berubah. Mengubah semuanya. Tapi masih orang yang sama. Cuma lebih dekat dengan Sang Pencipta.

Sudah terlalu lama aku berjauhan dengan-Nya.

Persoalan

Lama aku perhatikan gerak geri DIA. Kehidupannya serta pandangan dunia dari matanya. Banyak persoalan yang timbul.
Buntu kerana bertanya pada diri sendiri yang tak pernah melalui.

Tapi itu dahulu. Masa aku masih di awal usia. Masih banyak yang belum dilalui dan sukar difahami.

Lama kelamaan aku berada di satu landasan yang hampir sama dengan DIA. Mula berfikir hampir sama seperti DIA. Berkelakuan seakan-akan DIA.

Nah, aku rasa apa yang DIA rasa. Lebih lama dari aku.

Cerita nya DIA dan aku di dalam situasi yang sama. Perasaan yang bercampur baur. Persoalan aku bertahun-tahun dahulu terjawab satu persatu. Bezanya DIA taat dalam soal agama. Aku? .sebaliknya.

Patutlah kalau DIA gusar. Sengsara yang dilaluinya menyesakkan dada mungkin lebih dari apa yang aku sendiri rasa. Seharian aku sendiri jadikan aku tersedar. Lena yang panjang aku rasa. Lena dari menyedari hakikat sebenar.

Sampai bila DIA dan aku begini?.mungkin sampai bulan depan, tahun depan, atau mungkin sampai bila-bila?.

KAMI tak akan pernah tahu apa yang akan terjadi.

Wednesday, July 27, 2011

Bayang

Ada yang kau tulis
Pantas kau padam
Andaianmu tiada yang sedar

Ada yang kau zahirkan
Pantas kau ubah
Harapanmu tiada yang tahu

Buatlah apa saja
Selindunglah di balik bayangmu
Sorok apa yang perlu
Mungkin lebih baik begitu.


Thursday, June 16, 2011

Bentak Hati.

Aku senang berdiam diri
Walau hingar bingit keliling
Sekadar mengintai di jendela
Dari menguntai janji
Memberi seribu harapan
Palsu tanpa nyawa

Aku rela begini
Dari menyakiti
Menjadi ibu fitnah
Berulat dan bernanah
Menyaluti nama empunya
Hanyirnya tak inginku usung bersama

Aku tenang di sini
Jauh dari hina dusta
Sunyi dari teriak dosa
Kau bawalah jauh dari aku
Jangan biar menghampiri
Tidak aku relakan walau seinci.

Sunday, May 15, 2011

Kata Itu Bukan Untukku.


Kemas tiap bait tulisanmu
Aku amati satu persatu
Tiap kata bagai menyatu
Mungkin kerana ada rasa
Pernah bertautan ketika dulu

Masih aku amati titipanmu
Biar tubuh lemah lesu
Biar jiwa kaku membatu
Tidak pernah aku jemu
Kerana darinya semua ku tahu

Di akhir saat kata puitismu
Ada rasa yang masih berlagu
Bagai ada sesuatu
Tapi sayangnya aku tahu
Kata-kata itu bukanlah untukku.

Friday, May 6, 2011

Rindu Dibelai Ibu.


Saat yang lain tertawa
Di dalam pelukan seorang ibu
Aku hanya terpaku
Menumpang indah bercampur pilu
Rindu dibelai ibu

Nikmat hidup yang tidak terhingga
Bila ibu masih ada
Terasa kuat melalui semua
Hilang semua resah berbuku
Terhakis semua oleh belaian mu

Kini ibu telah tiada
Dan tiada sedikit pun tersisa
Yang tinggal hanya kenangan
Serta pengorbanan yang ibu taburkan
Air mataku jernih berlinangan

Aku benar-benar rindu
Belaian darimu IBU.


-Selamat Hari Ibu-

Saturday, March 19, 2011

Sahabat Selamanya


Sedari detik pertama perkenalan
Telah ku nekadkan berkekalan
Senyum tangis tawa bersama
Walau kadang terkasar bahasa
Tidak sedikit menyimpan rasa

Sentiasa ada ketika ku sendiri
Mendakap di saat lemah berdiri
Memberi semangat tatkala aku rapuh
Penawar sakitku mempercepat sembuh
Pertalian tetap utuh walau jauh

Walau bukan dari jati yang sama
Berbeza bendera dan juga agama
Itu bukan pemisah yang nyata
Kita masih tetap bersama
Kekal sahabat tiada akhirnya

Biar kini masing-masing punya jalan
Terpisah jauh berlainan haluan
Bertembok gunung dan juga lautan
Ikatan yang terjalin lama
Ku doakan kekal selamanya

Ya sahabat selamanya.

Friday, February 25, 2011

It Might Be The Last Entry.

Aku Bukan Pilihan Hatimu



It might be the last entry for this blog.
Thanks for watching.

Aku Yang Terlewat


Aku yang sering terlewat
Dan sering menanti
Sedang ianya telah berlalu
Rupanya hanya aku
Yang ditinggalkan waktu

Aku yang terlewat tahu
Semuanya tentang kamu
Mengulang indah kenangan
Kata yang tak terulas
Cinta yang tak berbalas

Salahku kerana terlewat
Menurut kata hati yang rawan
Lebur penantian yang diutuhkan
Dari hati yang terlalu yakin
Kau bahagia dengan yang lain.

Sunday, February 20, 2011

Ajarkan Segalanya.


Ajarkan hatimu ketabahan
Kenalkan dengan kesabaran
Maka ranjau setajam mana
Mudah diusir dari laluan

Ajarkan dirimu erti pasrah
Bertawakal setelah bersusah
Pasti tenang bila ia pergi
Bila benar tak mampu dimiliki

Ajarkan segalanya akan kehidupan
Biar mampu mengharungi dugaan
Tidak melatah bila dikejutkan
Dengan derita yang dihamparkan.

Saturday, February 19, 2011

Tamatlah Segalanya.


Setelah sekian lama
Aku memendam rasa
Mengharap pada yang sirna
Entah di mana adanya
Aku sendiri tertanya
Masihkah ianya wujud nyata?

Balasan darinya
Langsung tiada
Bayang dari kelibatnya
Juga tetap sama
Sepi dari hingar suaranya
Aku bagai masih meminta

Memang ini hakikatnya
Ia telah lama tiada
Biarlah berlalu semua
Yang berlaku tetaplah juga
Dan aku tamatkan segalanya
Tinggalan ingatan semata.

Monday, February 14, 2011

Berikan


Berikan ruang berhujah
Pada yang seharusnya
Biar kedengaran suara nyaring
Menyuarakan pendapat
Terjemahan dari aliran fikiran
Dari membiarkan mereka
Berteriak di jalan-jalan
Bersepanduk tuntut keinginan

Berikan yang sepatutnya
Pada yang empunya
Biar terpamer indah senyuman
Menggambarkan kegirangan
Tindak balas dari emosi
Dari membiarkan mereka
Tertunduk sugul;sengsara
Bergelandangan dan terseksa

Berikanlah semampunya
Pada yang sudi menerima
Biar sama saling merasa
Berkongsi walau secebis cuma
Setidaknya punya pengalaman
Dari membiarkan mereka
Terduduk diam tanpa ucapan
Diperbodoh sesama insan.

Saturday, February 12, 2011

Kiasan Melayu.


Indahnya kiasan melayu
Madahnya satu makna seribu
Kadang tak mampu diurai
Walau si pemikir cerdik pandai
Sekali terbaca bait tulisan
Seringkali terlintas di fikiran
Kemudian tercipta persoalan
Itulah seninya kiasan
Kekalnya zaman berzaman
Megahlah dengan kiasan melayu
Waris berganti tak pernah layu.

Thursday, February 10, 2011

Detik Yang Berlalu.


Mengapa sukar menghargai
Setiap detik yang telah dilalui
Kiranya semalam yang terindah
Tidak mungkin berulang cerah
Bila waktu terus berdetik
Kita terus meratapi
Membiarkannya menyusur pergi
Terus mengangankan hangat yang berlalu
Terus menyesali semua yang berlaku
Saat kita menguntai kata
Tidak terfikir menjadi punca
Tatkala resah mula menjelma
Yang tertinggal hanya derita
Aku cuba menilai waktu yang bergulir
Tanpa henti terus mengalir
Dan bila hari ini menjadi semalam
Tiada yang dapat diubah
Terus menerjah memori
Merangkai kenangan silam.

Indahnya berlalu
Bersama waktu.

Tuesday, February 8, 2011

Pejuang Tanpa Peluang.


Teriaklah si ayah
Melihat anak diheret pergi
Dihukum lantaran berjuang
Untuk insan seagama
Mematah komplot lingkungan durjana
Aturan manusia semata-mata

Terhempaslah si ayah
Terkulai di tanah
Tatkala membantu melepas sesak anaknya
Dia dianjak hebat
Terlepas dan terpisah
Melihat anaknya beriringan air mata

Berdoalah si ayah
Moga anaknya dilindungi yang Esa
Terlepas dari bencana
Yang direncana manusia sebangsa
Teruslah hidupmu disalut lumpur hina
Akibat menghempas pejuang agama

Satu masa pasti kau rasa
Sengsara mendamping
Seksa mengiring!

Monday, February 7, 2011

Salahku


Salahku bersandar harapan
Di dinding tanpa pasak
Sudutnya mengalih pandangan
Jauh dari fokus anak mata
Tersasar dari landasan cerita
Terpesong dari niat pertama
Salah jangkaan perkiraan deria

Salahku memakan diri
Kecewa itu merapat
Merosak hingga tak terawat
Aku mahu permata itu
Bukan kaca yang serpihnya beribu
Permata yang masih dikenang
Walau jauh dari pandang

Salahku yang aku tanggung
Sengsaranya masih bergenang
Masih mengharap punya ruang
Untuk dilunaskan janjiku dulu
Berikan walau sesaat untukku
Untuk menghapus rindu
Setiap hari aku menunggu.


-to puteriazri

Sunday, January 23, 2011

Tangis Si Tua


Tepat mata memandang merah senja
Terbias dari mentari jingga
Sambil terduduk di gigi air
Menguis pasir yang kaku adanya
Biar semua berhamburan
Dan air yang mengalir berpercikkan
Mengocak ketenangan arusnya
Begitulah jiwanya kini
Penuh gundah memakan hati
Kedut seribu di wajah berkerutan
Menampakkan resah dan kerisauan
Apa yang bermain di fikirannya
Hanya dia tahu tapi tidak berkata
Diam membatu seribu bahasa
Puas sudah aku mendesak
Bergilir soalan mengasak
Jawapannya hanya air mata
Yang mengalir jernih di pipi kusam
Sambil tertunduk esak bersulam
Aku tidak lagi bertanya
Aku tidak mampu melihatnya
Air matanya terlalu mahal
Untuk dia titiskan
Air matanya terlalu perit
Untuk aku saksikan
Si tua itu benar tertekan.

Friday, January 21, 2011

Balas Senyumku.


Aku suka melihat mereka
Yang di depan mata
Mahu pun melintas sekali sekala
Tersenyum manis bukan sinis
Tertawa hingga mengalir air mata
Gembira dan riang sentiasa
Mungkin kerana kejayaan yang menyapa
Mungkin telah hilang semua derita
Aku tidak pernah bertanya
Sekadar menatap penuh makna

Harapkan seisi alam juga sama
Sentiasa dipenuhi senyum dan tawa
Lembut dan mempesona
Menambah indah yang sedia ada
Meringan sebongkah beban
Menyembuh sakit berlingkaran
Aku juga mengharapkan
Mampu tersenyum tertawa sedemikian
Dan ada yang membalasnya
Dengan penuh kedamaian.

Wednesday, January 19, 2011

Bermonolog Lagi.


Jarang sekali aku bermonolog
Terkadang berlaku tanpa sedar
Bila ada yang menganggu di fikiran
Bila ada yang kusut difikirkan
Kata sepatah demi sepatah
Keluar menyusur tanpa noktah
Tapi semuanya lesu lemah
Tidak mampu menunjuk arah
Tidak mampu membetul yang salah
Sambil merenung ke dalam diri
Tertanya-tanya kenapa begini
Dan tanpa sedar
Aku masih bermonolog sendiri.

Monday, January 17, 2011

Seksa Rindu.


Jalanku mungkin tidak lurus
Janjiku mungkin tidak tulus
Aku hanya insan serba kurang
Menumpang kasih menadah sayang
Sehingga saat ini masih terasa
Terseksa dek rindu yang membara
Rindu yang dilarang
Katanya walau sekali jangan dikenang

Rindu itu buatku derita
Jasad lemah jiwa tak berdaya
Kadang menghiris tajam
Kadang menghimpit mencengkam
Susah untuk membuang rasa
Yang datang mendamping tanpa diminta
Aku tertanya kenapa begini sukar?
Kenapa sayangku lambat pudar?

Tak mungkin mudah rindu itu tumbang
Masih utuh walau dihempas gelombang
Sangkaku sudah berhujung titik
Air mataku ulang menitik

Friday, January 14, 2011

Manusia;Kita


Dengan mereka aku bersama
Dalam pusingan kitaran manusia
Yang tinggi dan rendah
Yang cantik dan indah
Yang kaya dan sederhana

Dengan mereka aku belajar
Mengerti tentang hidup yang berputar
Tidak sentiasa di atas
Tidak juga kekal di dasar
Di lingkaran ini kita berputar

Dengan mereka juga aku fahami
Yang bertandang pasti pergi
Merentas hidup hujungnya mati
Dan juga tentang ketinggian ilmu
Tidak menjamin ketinggian pekerti

Asasnya kita sama
Hanya istilah zahir membawa beza
Dan persahabatan kita
Mengajarku erti segalanya
Menghapus persoalan yang menggila .

Wednesday, January 12, 2011

Hujan Kedamaian.


Terbit suatu perasaan
Melihat pepohon ditimpa hujan
Liuk lentok seakan bersorak
Rela diri dibasahi
Merayakan rahmat Ilahi
Itu nyawa baginya

Aku harap aku juga sepertinya
Ada hujan kedamaian
Menyubur benua yang gersang
Melerai minda yang kian runsing
Penawar untuk yang gering
Itu nyawa bagiku.

Tuesday, January 11, 2011

Dedaun Layu


Dedaun hati yang kian layu
Dicarik oleh sesuatu yang berlalu
Makin terasa hambar
Jelas makin pudar
Hanya satu saat mampu meluruhkan
Walau hanya angin yang menyapa
Tak perlu direntap hebat
Tangkainya telah lama tenat
Tidak esok lusa
Dedaun itu luruh juga
Menyembah hina dunia
Bergelumang lumpur penuh dusta.

Monday, January 10, 2011

Nada Yang Sama.


Lenggok alunan nada itu
Seakan tiada beza
Sama dari awal hingga akhirnya
Reaksi kalian?
Menerima tanpa bantahan
Bagai terpukau dengan keramahan
Sedangkan mereka tahu
Aku juga tahu
Tiada apa yang berbeza
Dan setelah berkurun lamanya
Disuap dengan nada yang sama
Aku ingin melontar diri jauh darinya
Tapi aku lihat mereka
Masih setia
Rela di situ bersama
Mendengar nada yang sama
Setiap hari setiap masa.

Sunday, January 9, 2011

Goodbye - Air Supply



I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have so much more
I can feel your heart and I sympathize
And I'll never criticize
All you've ever meant to my life

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
i don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye

You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure i'm worthy of
Losing you is painful to me

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
i don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to try
Though it's gonna hurt us both
There's no other way than to say goodbye

Saturday, January 8, 2011

Pejam Dalam Jaga.


Pertama kali aku amati
Aku akui lunaknya bunyian
Yang datang menemaniku
Beriring angin bayu
Hampir terlena sebelum beradu

Pertama kali aku rasai
Ada yang setia walau bukan sesiapa
Masih berteman walau sendiri
Beriring kasih sedingin salju
Hampir gugur sebelum layu

Pertama kali juga aku hadapi
Derita dari keyakinan sendiri
Bak duri membelit tegang terhiris
Beriring selumbar berbisa
Hampir mati sebelum ajalku tiba

Semuanya dari kali yang pertama
Seharusnya aku sedar dari awalnya
Akibat pejam dalam jaga
Berpegang angan ilusi semata
Sekarang tewas dimamah derita.

Terima sahaja. :)

Monday, January 3, 2011

Melayu Sampai Mati.


Derai tangis berpaksi pilu
Darah menitis dari jiwa sengsara
Seksa batin melihat anak bangsa
Melarat di daerah hasil darah
Luka yang kecil merebak barah
Dulu yang gagah lesu tersadai
Yang dijaga rapi kini tergadai
Jangan biar api membakar
Rentung pucuk hingga ke akar
Rosak hancur ditelan masa
Tiada lagi dalam jiwa
Mencari cari ke mana perginya
Jati diri melayu kita
Kemelayuan dicemuh dihina
Dek perilaku insan sebangsa
Jaga jangan biar hilang
Kita asal bangsa terbilang
Dengar ingat pesan ibu
Jangan maruah jadi debu
Dulu kita digeruni seantero dunia
Sekarang kerdil segan disapa
Pegang kukuh semat di hati
Melayu kita sampai mati!.

Saturday, January 1, 2011

Esak Anakmu.


Tatkala tidak berteman
Dan unggas pun bersahutan
Otak ligat memutar kenangan
Rindu eratnya dakapan
Tulus mesranya kucupan
Kelopak mata mula berkaca
Laju titis jernih
Meniti di pipi manik putih
Membasahi sujudku
Bergenang di sudut kalbu

Tenanglah kau di sana
Bertamu di samping Nya
Aku hanya mampu berdoa
Meminta dipermudah segala
Takkan pernah pudar dari ingatan
Indah kasihmu tidak bersempadan
Semenjak pertama ditinggalkan
Selama jauh dari pandangan
Selagi itu aku merindu
Kucupan dalam dakapanmu
Wahai ibu.

Selamanya dalam ingatan.
Bondaku Azizah Ali (28.1.1953-28.1.2004)