Thursday, March 8, 2012

Segalanya. ( Nyawaku )

Lama tak update blog. Haiyo~ (Ini adalah pembuka kata semata-mata)

Lantaran jadual kerja yang sangat padat menekan. Aku yang tertekan. Biasalah. Adat hidup seorang orang bawahan.

Senyum je lah.

Tapi apa boleh buat ?. Punca rezeki aku, periuk nasi aku. Buatlah sehabis baik. Jalankan tanggung jawab setelus mungkin. Supaya jadi darah daging aku dalam keadaan yang berkat. Ikhlas.

Cuma kadang-kadang aku terfikir jugak. Sampai bila aku nak macam ni ?. Nak jugak merasa hidup senang, maksud aku stabil.

Mampu buat apa yang aku nak buat. Tak ada batasan!.

Tapi perlahan-lahan resah tu hilang bila "DIA" bagi semangat kat aku, bantuan yang tak ternilai. Walau sekadar ucapan. Dan usahanya mencarikan kerja yang lain untuk aku cukup buat aku terharu. Terharu bercampur bangga. Ada yang sanggup bersusah payah demi aku.

Terlalu banyak pengorbanannya kalau nak dikenang. Aku tersenyum sendiri bila teringat.

Syukur kepada yang Maha Pencipta.

Indahnya ciptaan-Mu dan anugerah yang kau berikan ya ALLAH.

Walau pun dalam keadaan yang begini aku masih bersyukur atas nikmat yang aku dakap sekarang. Setidak-tidaknya aku tahu ada yang setia dan sanggup bersusah payah untuk aku. Buat apa saja yang termampu.

Yang sayang aku!

Aku mohon anugerah ni kekal selama-lamanya. Tak hilang walau sedetik. Aku hanya mampu berdoa. Usaha.

Sekarang ni bersabar je lah. Ada rezeki nanti dapatlah peluang yang lebih baik. Aku cuma nak perbaiki keadaan aku, ekonomi aku. Tak dipandang hina.

Orang tak mengata.

Semoga aku dapat apa yang aku mahu hasil dari kesabaran aku ni. Yang paling utama aku dapat "dia" untuk jadi suri hidup aku nanti. Aminn.

Tidur dulu.
----------------------------------------------

-Nyawaku-

Berbisiklah sang malam
Mengusik bintang di langit
Mengulit indah sekalian alam
Merenung kabus yang berbalam

Berbisiklah sang manusia
Mengusik rasa di hati
Mengulit indah kenangan bersama
Menyata rindu pada yang tercinta

Mungkin berat terbeban
Jika simpan tak terluahkan
Lantas bibir melaungkan
Tentang perasaan yang tertahan

Aku tak perlu intan berlian!
Mahu pun mahkota kemahsyuran!
Cuma dia yang aku mahu
Kerana dia nyawaku.

#DIA bagai oksigen bagiku. Nyawaku!