Tuesday, February 21, 2012

Aku Masih Di Situ.

Saat kau berlalu
Aku masih di situ
Memanggil namamu

Saat kau dengan yang lain
Aku masih di situ
Menahan rasa cemburu

Saat kau terlena
Aku masih di situ
Menjagamu ketika beradu

Saat kau celik mata
Aku masih di situ
Mengelus lembut rambutmu

Saat kau dilukai
Aku masih di situ
Merawat lukamu

Dan ternyata

Walau aku telah mati
Aku tetap di situ
Kerana cintaku sentiasa di situ.

Kau pun tahu.