Panas terik macam ni cukup menduga. Sangat panas!
Tapi kalau hujan? Tetap juga ada yang mengeluh. Panas pun mengeluh hujan pun mengeluh! Membebel marahkan cuaca.
Lupa agaknya siapa yang aturkan semuanya. Maka samalah seperti marah pada yang mencipta-nya.
Dosa kering. Dalam sedar dan tidak.
Aku cuba bersabar dan bersabar. Apa lagi boleh aku buat? Panggil pawang hujan?
HAHA!
Muhasabah diri. Syukur atas nikmat yang ALLAH S.W.T bagi. Mungkin ada yang memerlukan terik matahari untuk meneruskan kehidupan. Mencari sesuap nasi. Mungkin kalau hujan mereka tak mampu untuk berkerja. Bagi makan anak bini apatah untuk alas perut sendiri.
Aku termenung. Fikirkan apa yang kadang-kadang aku lupa untuk fikir. Leka untuk menyedari akan kebergantungan manusia terhadap cuaca dan alam sekitar. Mungkin sebab hujan atau panas tak menganggu periuk nasi aku. Aku jadi lupa.
Kalau aku tak ambil kira pasal orang lain maka tergolong lah aku dalam golongan manusia yang "pentingkan diri sendiri". Aku tak nak.
Sedikit demi sedikit aku sedar yang kita tak boleh nak mengharapkan semuanya berlaku mengikut kemahuan peribadi.
Haish!
Bukan kita yang pegang "remote control" nya. Sedar siapa kita.
Hmmm....
Aku lemparkan pandangan aku jauh-jauh. Mengagumi kebesaran-Nya. Mengakui kekerdilan aku. Hamba-Nya.
Laju tangan aku capai buku Mastika yang baru aku beli semalam. Boleh lah aku membaca sambil bersandar dengan hati yang agak tenang setelah membahaskan kecelaruan dalam diri sendiri.
"Panas tu sementara. Hujan pun sementara. Sama macam dugaan dalam hidup kita. Cliche tapi bermakna." Aku menyedapkan hati selepas muhasabah diri.
Senyum. Ok nak sambung baca Mastika. See ya!
----------------------------------------
Syukuri Nikmat-Nya.
Kita ratapi mendung senja
Tatkala pekat semakin menggila
Dan bila terbit sang suria
Kita mengeluh menganggu lena
Semuanya serba tidak kena
Bila tidak bersyukur dengan nikmat-Nya
Hati jadi lesu memamah bicara
Kata-kata terpacul semuanya berbisa
Bersabar dan bersyukurlah
Semuanya ujian dari Yang Esa
Kita hanyalah seorang hamba
Tetaplah sekadar hamba.
P/s : Senyum, bersyukur dan bersabarlah. :)