Aku suka melihat mereka
Yang di depan mata
Mahu pun melintas sekali sekala
Tersenyum manis bukan sinis
Tertawa hingga mengalir air mata
Gembira dan riang sentiasa
Mungkin kerana kejayaan yang menyapa
Mungkin telah hilang semua derita
Aku tidak pernah bertanya
Sekadar menatap penuh makna
Harapkan seisi alam juga sama
Sentiasa dipenuhi senyum dan tawa
Lembut dan mempesona
Menambah indah yang sedia ada
Meringan sebongkah beban
Menyembuh sakit berlingkaran
Aku juga mengharapkan
Mampu tersenyum tertawa sedemikian
Dan ada yang membalasnya
Dengan penuh kedamaian.