Friday, November 19, 2010

Senyumlah Kapitalis.


Berulang kali
Aku dengari
Madah pedas bercili
Panas sejuk dalam berseni
Tetapi aku tetap lupa
Sering alpa juga terleka

Tanah ini tanah kita
Tempat santun budi
Si bangsa berpekerti
Melayar satu ikatan
Sambil berseloka
Tentang merdeka

Tapi bukan aku saja
Yang lupa dan leka
Melihat dan memerhati
Berfikir dan berhati-hati
Lantaran gelojoh;tamak
Dan lupa diri
Kita akhirnya dihimpit
Sang kapitalis
Dari bangsaku sendiri

Inikah erti merdeka?
Merdekaku dalam penjara
Lepasku dalam tertindas
Walau tak terlihat di mata
Tetapi meracun jiwa
Melingkari adrenalin
Tersenyum pabila malam
Dan akhirnya
Membunuh dalam diam

Buka kembali gobok ingatan
Baca kembali kata coretan
Apa erti merdeka
Apa erti sengsara
Kerana ini bisa
Menyedarkan kau
Kerana dulu pantang berundur
Langkah dulu langkah menggempur
Sekarang melangkah terbuka dada
Langkah tersenyum si perosak bangsa

Kau anjing pengkhianat
Kapitalis pemusnah
Menikam jiwa manusia sebangsa
Kau lupa pada hukum dunia
Nantikan saja
Kau pasti
Dihina;dimaki
Dicerca;dicaci
Oleh bangsamu sendiri!.