Sunday, November 21, 2010

Mata Indah.


Mata indah itu
Mata yang pernah
Buatku terpaku
Seindah mentari pagi
Secemerlang bulan di balik mega

Mata indah itu
Mata yang pernah bersatu
Buatku rindu
Secantik empunya mata
Semulus lembut jiwanya

Telah lama aku kabur
Ke mana pergi mata itu
Hilang ditiup angin?
Atau sengaja membawa diri?
Hanya tuannya yang mengerti

Ya kerana mata itu
Aku masih di sini
Bermimpi akannya
Berdoa untuknya
Tak mampu menangkis rindu
Yang dipahat olehnya

Walau aku tahu
Mata itu tidak lagi
Sanggup memandangku.