Aku yang mencipta badai
Onar yang bergolak dan berombak
Sehingga membawa permata ku jauh
Pergi ke lautan mana tidak ku pasti
Akhirnya hanya tinggal cengkerang usang
Tanpa permata yang menyeri
Permata yang tiada galang ganti
Akulah cengkerang itu
Terbiar sepi tanpa seri
Kerana badai yang ku cipta sendiri
Teruslah aku tangisi
Maafkan aku permata sari
Mungkin di lautan lain
Kau akan bertemu
Cengkerang yang lebih murni.