Tuesday, December 14, 2010

Meninggalkan Dan Ditinggalkan.


Kau dan aku
Walau banyak persamaan
Masih tetap berbeza
Tetap tidak akan jadi sempurna
Kadang terlupa guna akal dan minda
Lalai merasa detak hati serupa
Meraja ego di dada
Mengagung bertongkat jari berpada
Sesalan di belakang hari seperti tiada
Sedangkan akhirnya semua sengsara
Aku sedar tapi hanya berteleku
Dicampak hina jauh dari sisimu
Aku hanya buntu dan membatu
Sukarkah untuk kau fikirkan?
Kalau engkau juga punya perasaan
Aku tidak akan pernah
Mencuba untuk meninggalkan
Kerana aku tahu
Betapa peritnya bila ditinggalkan
Beza kita jelas bermain di perasaan.