Thursday, December 23, 2010

Rasa Yang Telah Mati.


Aku pernah merungkai rasa
Perasaan yang setiap insan ada
Mencari hala tuju dan pendamping
Menyubur gurun hati yang kering
Bila tiba suatu masa
Plot cerita tidak lagi seperti yang kupinta

Rasa yang dulu menyegar
Aku jaga biar damai dan tenang
Tapi akhirnya semakin pudar
Diterik ego berhadapan lantas mati
Rasa yang dulu kemas di hati
Kini sudah tiada lagi

Sengaja aku biarkan semuanya pergi
Kerana rasa dan hati ini telah mati.