Aku bukan menghilang
Sekadar berundur memberi ruang
Kerana jika masih berhadap
Belum tentu wajahku kau pandang
Aku bukan memula perang
Hanya berdiam takkan menyerang
Kerana jelas di pandanganku
Kamu bukan musuh untukku tentang
Seharusnya kau sedar kenapa begini
Sudahnya kerana sikapmu sendiri
Kau tahu bagaimana aku
Tapi pernah kau peduli bilaku di sisi?
Tak usah bermusuh menanam benci
Tak usah dipersoal setia dijanji
Kau tak pernah tahu apa ku rasa
Tapi tak sekali aku menunding jari
Simpan saja puisi mu selamanya
Kerana telah ku jelajah ku baca
Aku terima semua cacian
Aku mahkotakan sebagai cendera mata
Aku cuma mahu jadi kuat tanpa kamu
Mengharung hidup sendiri biar jemu
Fahamilah apa yang ku rasa
Aku akui tidak layak aku disampingmu
Kau serba sempurna
Aku pula serba hina
Kerana itu
Di matamu aku tiada
Dan yang baru lebih berharga.