Monday, December 13, 2010

Di Hujung Jalan.


Kalau aku mampu
Mengubah titik fokus dalam pandangan
Menghapus giliran kenangan dalam ingatan
Aku mungkin mampu kembali
Menerima putaran alam seperti asalnya

Terserlah dipandangan kasarku
Jadi yang lesu lain dari fitrahku
Aku bukan lagi aku
Perubahan rencana dalam kehidupan
Hasil kecelaruan dalam minda separuh sedar

Aku mampu berlagak riang
Kerana tidak mahu merasa kesan kecundang
Sehingga di satu titik
Aku keliru dengan tindakan
Buntu membuat keputusan

Temukan aku dengan cabang pilihan
Aku sudah di hujung jalan.