Monday, December 27, 2010

Ralat.


Ralat
Aku tak biasa dengan ralat
Belum sempat terhenti penat
Hingga terasa diri diperalat
Semakin hari semakin berat

Ralat
Meronta batin diri terjerat
Hingga yang lancar bertukar pelat
Habiskan semua biar tamat
Aku tenat kerana ralat

Ralat
Bagai bangkai dihurung lalat
Ketika ini disetiap saat
Mata hatiku tak mampu melihat
Memikirkan perkara tersirat

Benar
Aku benar-benar ralat.