Friday, December 24, 2010

Perjalananku.


Saat ini aku sedang meniti
Laluan sempit berdinding duri
Rapat mendekati tubuh lesi
Dan setiap langkahku
Tubuhku ditacap duri-duri beribu
Sakit tak terucap kata
Jeritan di kalbu cuma

Aku tidak pasti
Sejauh mana harus ku harungi
Laluan berdinding duri
Yang menagih titisan darah
Melumat daging merah
Menambah esak dalam lelah
Mengait semangat mencipta rebah

Semoga aku tiba di penghujungnya
Dengan nafas masih dihela
Dan ada yg membantu
Mengubati luka yang beribu
Aku bukan eskapisme
Bisa lari ke dunia khayalan
Benar aku perlu satu kekuatan

Aku tidak mampu mencipta epigram
Mahu pun selembar etiologi
Yang terlahir hanya elegi
Epilog perjalanan yang suram
Seperti sendiri di jurang yang dalam
Harapanku ada yang datang
Memberi kekuatan mendakap tenang

Mohon ada yang datang
Walau bukan sekarang.